MEMBER

Isnin, 7 Mei 2012

.: MEDITASI ISLAM :.




Assalamu`alaikum wbt
Bagaimana Anda Mampu Mencapai Kejayaan Disamping Mempunyai Ketenangan Jiwa Dan Empangan Tenaga Tidak Terbatas Hanya Melalui Teknik Meditasi Yang Mudah & Praktikal Serta 'Powerful'
Meditasi Islam - Kaedah Spiritual Untuk Meraih Kejayaan Duniawi


Untuk menjadi insan yang berkualiti zahir dan batin, seseorang itu perlu menyucikan diri dari kotoran rohani serta fikiran yang kotor dan merosakkan. Namun tiada apa yang mampu dilakukan oleh seseorang itu secara langsung walaupun beliau seorang yang berjaya dalam banyak bidang namun ramai diantara yang berjaya itu kehilangan sesuatu iaitu jiwa yang mantap serta bahagia yang sempurna. Ini kerana seandainya sesuatu dilakukan secara langsung untuk mencapai ketenangan jiwa, minda akan turut campur tangan. Minda tidak akan sama sekali memberi laluan untuk ketenangan jiwa. Secara tidak langsung minda adalah suasana bising yang sering menghadang seseorang itu dari mendengar suara jiwa. Hasilnya mereka akan selalu merasa tiidak aman dan cenderung melakukan kesalahan terutamanya dalam membuat keputusan. Ketenangan itu bukan keadaan minda tetapi sebenarnya ialah keadaan jiwa yang mendalam. Justeru, mereka yang mengaku mencapai ketenangan minda belum tentu mencapai ketenangan jiwa tetapi mereka yang mencapai ketenangan jiwa sudah pasti mempunyai minda yang positif dan bertenaga. Semakin dalam ketenangan jiwanya seseorang itu, semakin tinggi kesedaran serta kewaspadaannya dan semakin bermutu hidupnya. Meditasi juga merupakan satu kaedah untuk mengatasi kekuatan nafsu dan seterusnya mengatasi kehedak nafsu. Apabila nafsu menyelubungi kehidupan seseorang maka hidupnya akan tidak tenteram dan keinginannya bertambah. Keinginan yang tidak dipenuhi membawa seseorang itu kepada tekanan.
PERANG YANG PALING BESAR ADALAH PERANG MELAWAN NAFSU YANG TERLETAK ANTARA DUA LAMBUNGMU” hadith
Setiap manusia telah diberi kesedaran super sedarnya. Meskipun begitu tanpa tunjuk ajar serta sistem yang betul-betul efektif, mencapai keadaan super sedar itu tidak mampu dicapai serta kehebatan super sedar itu tidak dapat dikupas. Meditasi merupakan satu kaedah yang mudah untuk mencapai keadaan super sedar, apatah lagi dalam meditasi sebenar seseorang itu akan dilatih tentang konsentrasi yang mudah dan jitu serta kesedaran super sedar dan kesedaran bawah sedar.. Minda mengandungi gelombang fikiran yang menyebabkan seseorang menjadi tidak tenang dan sentiasa berfikir. Jika gelombang-gelombang ini diseimbangkan maka minda akan tenang dan senyap dan kegembiraan sejati akan dirasai. Untuk merendahkan gelombang itu memerlukan minda super sedar dan bukan bawah sedar. Ramai yang gagal dalam bermeditasi kerana mereka melakukan meditasi menggunakan minda bawah sedar. Kajian di barat telah membuktikan 33% hingga 50% mereka yang melakukan meditasi tanpa teknik yang betul akan mengalami peningkatan dalan tekanan darah, stress, kemurungan serta mudah baran. Maka jika anda benar-benar ingin mendalami meditasi, pastikan anda dilatih oleh mereka benar-benar mahir dan berpengalaman serta mampu memberi penjelasan untuk setiap keadaan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan